PERKARA : Mesyuarat Kluster Bintulu

Tarikh : 19 Oktober 2016

Hari : Rabu

Tempat : Pusat Komuniti Digital Keluarga Malaysia ( PEDI ) Sg Plan

PI1M yang terlibat : PEDI Sg Plan, PEDI Penan Muslim, PEDI Kg Jepak, PEDI Kuala Tatau, PEDi Pekan Tatau

 

 

 

 

 

1

 

2

images
 
TO PUSAT KOMUNITI DIGITAL KELUARGA MALAYSIA  PEKAN TATAU
 
0d2b1d16-500a-433e-ac75-bb6bedc122f3
 
 
                     Pusat Perkhidmatan Ilmu Komuniti ini ditubuhkan bagi membuka ruang kepada komuniti luar bandar untuk mempelajari segala bentuk ilmu yang berkaitan dengan IT dan penggunaan komputer dengan objektif program iaitu menyediakan perkhidmatan infrastruktur komunikasi dan kemudahan capaian internet bagi merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan komuniti di bandar.
 
                     Selain peranan yang dimainkan oleh Perpustakaan Desa sebagai pusat rujukan buku-buku ilmiah dan majalah, Pusat Perkhidmatan Ilmu Komuniti turut dilengkapi dengan kemudahan dan kelengkapan seperti beberapa buah komputer, mesin pencetak (printer), mesin pengimbas (scanner) dan kemudahan internet percuma. Segala kemudahan ini disediakan oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan Telekom Malaysia Berhad di bawah penyeliaan MSD Digital Intelligence Sdn. Bhd. 
 
                      Laman Web Komuniti PEDi Pekan Tatau, Bintulu, Sarawak, merupakan satu pendekatan untuk  merapatkan jurang digital komuniti setempat dalam pembangunan Teknologi ICT. Dengan adanya laman web ini diharap komuniti terdedah dengan segala maklumat dalam merentas era Teknologi ICT. Projek PEDI ini adalah inisiatif terkini daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.
 
                      PEDI merupakan sebuah program yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dengan kerjasama Telekom Malaysia Bhd dan MSD Digital Intelligence. Ia bertujuan untuk merapatkan jurang digital dalam kalangan komuniti setempat. Sebanyak 73 pusat untuk Fasa 2 telah diwujudkan di seluruh Malaysia sebagai perintis program untuk mendekatkan masyarakat kepada penggunaan komputer dan aplikasi ilmu ICT dalam kehidupan seharian mereka.
 
                     Pusat Ekonomi Digital Pekan Tatau (PEDI) di bawah Bajet 2013 merupakan satu program di mana pihak SKMM akan menyediakan capaian internet jalur lebar secara kolektif di 100 buah kawasan Program Perumahan Rakyat terutamanya di bandar-bandar besar terpilih di seluruh negara.Program ini akan dibiayai dari dana Pemberian Perkhidmatan Sejagat(Universal Service Provision) selama 3 tahun..