Keusahawanan

MDS Mart(Tatau)Sdn. Bhd.

MDS Mart merupakan  kedai tumpuan semua penduduk Pekan Tatau kerana semua jenis barang keperluan ada dijual disini.Selain itu,susun atur barangan yang lebih kemas memudahkan pelanggan mencari barang yang diperlukan dan kaunter bayaran yang mencukupi agar tidak berlaku  masalah menunggu lama untuk membayar barangan yang dibeli. 

Selain itu,MDS Mart juga menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk sekitar yang berminat untuk bekerja disitu dengan tawaran gaji yang agak memuaskan.Tempahan untuk barang keperluan juga boleh dibuat disini terutama dari kedai makanan yang berdekatan kerana lebih mudah untuk mendapat bekalan yang mencukupi. 

Kedai Rakyat 1Malaysia

Kedai Rakyat 1Malaysia telah dibuka di kawasan Pasar Lama,Pekan Tatau.Pelbagai jenis produk keluaran 1Malaysia terdapat disana,Selain itu,terdapat juga produk lain yang terdapat disitu dan dijual dengan harga yang lebih murah berbanding dengan yang dijual di kedai runcit dan supermarket.

Susunan barangan juga lebih teratur dan kemas memudahkan pelanggan untuk membeli produk yang terdapat di Kedai Rakyat 1Malaysia Pekan Tatau.

Warung  Selera  Pantai Timur

Warung selera pantai timur menjual pelbagai menu masakan pantai timur yang sukar untuk diperolehi di tempat lain.Ini memudahkan mereka yang berasal dari semenanjung untuk mendapatkan makanan yang menjadi kegemaran mereka semasa di semenanjung.

Selain itu,warung ini juga menyediakan perkhidmatan tempahan makanan secara online iaitu melalui facebook.Menu yang ada pada hari tersebuta akn dipaparkan didalam group pages Pekan Tatau dan sesiapa yang berminat boleh menempah daripada mereka dan dihantar terus ke rumah.