KESELAMATAN

Antara kemudahan keselamatan yang terdapat di kawasan Pekan Tatau ialah:

  • Balai Polis Daerah Tatau

Dengan adanya balai polis ini, keselamatan penduduk di sekitar Daerah Tatau lebih terjamin. Penduduk boleh berhubung dengan anggota di Balai Polis Tatau jika berlaku sebarang kegiatan jenayah atau perkara-perkara yang mencurigakan.

Semua masalah jenayah dan kemalangan akan dirujuk di Balai Polis ini.Penduduk di kawasan sekitar Pekan Tatau juga pergi ke Balai Polis Pekan Tatau untuk membuat laporan mengenai kes jenayah atau kemalangan yang berlaku.

Fungsi

  • Perkhidmatan/Perjawatan
  • Merangkumi pengambilan, rekod perkhidmatan, pengesahan,kenaikan pangkat, pertukaran, gaji/elaun dan persaraan
  • Pentadbiran Am dan Dasar
  • Merangkumi Pentadbiran Am, Penyelidik/Pembangunan , Hal Ehwal Awam , Kebajikan, Sukan dan PERKEP
  • Latihan
  • Merangkumi pengendalian-pengandalian Kursus Asas, Kursus Pembangunan, Kursus Lanjutan di Institut Pengajian Tinggi dan Kursus Pemulihan
  • Tatatertib
  • Merangkumi bidang tugas pemantauan/tapisan, siasatan/risikan dan tindakan/kaunseling.

Cawangan

  • Pentadbiran
  • Cawangan Kebajikan
  • Bahagian Latihan
  • Cawangan Penyelidik/Pembangunan
  • Bahagian Perkhidmatan/Perjawatan
  • Bahagian Hal Ehwal Awam
  • Cawangan Perhubungan Awam
  • Unit Pengambilan
  • Bahagian Istiadat
  • Cawangan Kem Komandan
  • Majlis Sukan PDRM
  • Bahagian Agama dan Kaunseling (BAKA)