Kampung Dagang pada mulanya diterokai oleh para pedagang yang datang dari Indonesia. Orang yang pertama yang mengetuai rombongan tersebut ialah Haris.Belia ialah Ketua Kampung  yang pertama yang dilantik untuk mentadbir kampung.

                   Nama Kampung Dagang berasal daripada perkataan “pendatang”. Dalam bahasa tempatan,pendatang ialah orang dagang. Maka penduduk tempatan mengelarkan nama kampung mereka sebagai Kampung Dagang.

                  Selepas Ketua Kampung Haris meninggal dunia,tempat beliau telah digantikan oleh anaknya yang bernama Drahman. Kemudian,tempat beliau telah diambil alih oleh adiknya yang bernama Ahmad .

                  Ketua Kampung Keempat selepas Ketua Kampung Ahmad ialah Ketua Kampung Mohd.Keli Bin Kim. Disebabkan keuzuran,jawatan tersebut telah diserahkan kepada Ketua Kampung Sahar Bin Illias.

Berikut adalah gambar-gambar Pekan Tatau  

(Suasana Pekan Tatau Lama yang  menyambut  Hari Tatau Pada Tahun 80an Sebelum Tragedi Kebakaran)

 

(Keadaan asal masjid Darul Ibadah Tatau.)

 

(Pintu gerbang Kampung Baru, sebagai mercu tanda. Persempadanan Kpg. Baru dan Kpg. Dagang)

 

(Papan Tanda Kampung Dagang Tatau)