unnamed

 

Penyakit HFMD mudah menjangkiti orang lain terutamanya kanak-kanak di premis tempat tumpuan mereka seperti taska dan tadika. Bilangan kes HFMD dijangka akan terus meningkat kerana kesedaran dan keprihatinan ibu bapa membawa anak yang mengalami gejala HFMD berjumpa pengamal perubatan untuk mendapatkan nasihat dan rawatan. Ini menyebabkan peningkatan kes kerana HFMD adalah penyakit yang perlu dinotifikasikan kepada pihak kesihatan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988. Bagi tahun 2018, sehingga hari ini tiada kematian disebabkan HFMD atau enterovirus 71 (EV71) dilaporkan di Malaysia. 
 

Pihak KKM ingin mengingatkan orang ramai, khususnya ibu bapa, pengusaha taska/tadika/pra-sekolah serta pihak sekolah terlibat untuk:

  1. tidak membawa anak yang dijangkiti HFMD ke tempat-tempat awam / sekolah / taska / tadika / pusat asuhan kerana boleh merebakkan jangkitan;
  2. bawalah anak ke fasiliti kesihatan berhampiran sekiranya menunjukkan gejala HFMD.
  3. sentiasa mengamalkan budaya mencuci tangan dengan sabun dan air bersih selepas ke tandas, selepas menukar lampin dan selepas menyentuh / merawat lepuh;
  4. membersihkan alatan mainan dan perkakasan yang digunakan oleh kanak-kanak serta lantai rumah termasuk tandas dengan menggunakan larutan campuran kloroks;
  5. memastikan pembuangan lampin pakai-buang dibuat dengan betul; dan
  6. membuat saringan di pintu masuk bagi memastikan kanak-kanak tiada tanda-tanda jangkitan HFMD sebelum masuk ke kelas.
 

KEMPEN " TIADA AEDES TIADA DENGGI "

KAMPUNG BARU & KAMPUNG DAGANG TATAU

23 APRIL 2016

 

DSCN0649 13007113 1040191542686927 7126696556146049428 n

 

13091903 1040191926020222 3407702634214699646 n DSCN0641

 

DSCN0644 DSCN0646

 

 

 

 

 

KESIHATAN

Klinik Kesihatan Tatau

Pengenalan

Klinik kesihatan tatau merupakan klinik utama yang dikunjungi oleh semua penduduk Pekan Tatau dan juga penduduk di sekitar Pekan Tatau.

WaktuOperasi

Isnin hingga Khamis   : 8 Pagi – 1 Petang, 2 Petang – 5 petang

Jumaat                         : 8 Pagi – 12.15 Tgh, 2.45 Petang – 5 Petang

Sabtu dan Ahad                      : Cuti Minggu

Gambar Klinik Kesihatan Pekan Tatau

 

 Klinik Dr.Kho

Pengenalan

Klinik ini adalah klinik swasta yang pertama didirikan di Pekan Tatau.Klinik ini menjadi tumpuan semua penduduk di sekitar Pekan Tatau terutama pada hujung minggu kerana Klinik Kesihatan tidak dibuka pada waktu tersebut.Selain itu,pada hari bekerja juga klinik ini tidak pernah lenggang kerana ada dikalangan penduduk sekitar Pekan Tatau lebih suka berkunjung ke sini kerana tidak mahu menunggu lama di klinik kesihatan Tatau yang disebabkan terlalu ramai orang.

Para warga asing yang bekerja di kilang berdekatan juga selalu berkunjung ke sini untuk pemeriksaan kesihatan jika mengalami sakit dan kecederaan semasa bekerja.

 

Gambar Klinik Dr.Kho