Pekan Tatau telah dinaik tarafkan sebagai sebuah daerah penuh pada tahun 1987. Sebelum itu, Tatau merupakan sebuah daerah kecil di bawah pentadbiran Daerah Bintulu. Pekan Tatau merupakan salah sebuah daripada dua daerah yang terdapat di bahagian Bintulu dan mempunyai keluasan daerahnya lebih kurang 49,458 km persegi. Pejabat Daerah Tatau merupakan pusat pentadbiran utama bagi Daerah Pekan Tatau.

            Berpandu kepada kajian kependudukan dan perumahan pada tahun 2000, penduduk Daerah Pekan Tatau adalah dianggarkan lebih kurang 23,943 orang. Majoriti penduduknya adalah terdiri daripada kaum Iban seterusnya diikuti kaum Melayu/Melanau, Cina dan orang Ulu (Kenyah, Punan, Beketan dan Tatau). Penduduk daerah Pekan Tatau kebanyakannya tinggal di rumah panjang dan kampung-kampung yang didirikan di sepanjang jalan Tatau/ Sibu/ Bintulu, Sg. Serupai, Sg. Kemena, Sg. Semanok, Sg. Batang Anap dan kawasan-kawasan di sekitar Daerah Tatau.

            Perhubungan melalui sungai masih memainkan peranan penting dalam kalangan penduduk tetap daerah ini. Industri Pembalakan di Daerah Pekan Tatau, masih menjadi aktiviti utama bagi menjana sumber ekonomi daerah ini, selain aktiviti perhutanan dan penanaman kelapa sawit. Selain itu, perkhidmatan pentadbiran kerajaan yang berpusat di Pejabat Daerah Tatau, daerah ini juga mempunyai pelbagai kemudahan asas yang lain seperti kemudahan awam dan komersial untuk keselesaan penduduknya.

Peta

 

              

Maklumat bagi jumlah Penduduk untuk Kampung Baru Tatau:

Info Ketua Masyarakat:

Ketua Masyarakat : Penghulu Haliza Binti Hj Mudin

Info Ketua Kaum:
Ketua Kaum : Haji Ahmad Bin Mohamad Mokhtar

Info Penduduk:Bilangan Penduduk : 731 orang
2. Pecahan Penduduk Mengikut Jantina :

2.1. Bil.lelaki : 387 ( 52.94% )
2.2. Bil.perempuan : 344 ( 47.06% )

3. Info Penduduk Mengikut Kaum :

3.1. Melayu/Melanau Islam : 591 ( 80.85% )
3.2. Iban : 119 ( 16.28% )
3.3. Cina : 18 ( 2.46% )
3.4. Lain-lain : 3 ( 0.41% )

4. Info Warga Emas Kematian Suami atau Isteri :

4.1. Lelaki (Duda) : 6 orang
4.2. Perempuan(Balu) : 8 0rang

5. Info Ibu Tunggal :

5.1. Kematian suami : 7 orang
5.2. Bercerai : 7 orang
( Semua ibu tunggal ini masih ada tanggungan )

6. Info Anak Yatim :
( Anak-anak yatim antara umur 1 hingga 17 tahun )

6.1. Lelaki : 5 orang
6.2. Perempuan : 6 orang

7. Orang Kurang Upaya(OKU) :
( Antara umur 4 hingga 38 tahun. Kecacatan anggota badan dan pekak dan bisu ).

7.1. Lelaki : 5 orang
7.2. Perempuan : 4 orang

8. Info Tahap Akademik :

8.1. Setakat Darjah 1 hingga 6 : 100 orang
8.2. SJC/LCE/SRP/PMR : 90 orang
8.3. SC/SPM/SPMV : 121 orang
8.4. STPM : 12 orang
8.5. Sijil(Kolej & Politeknik : 3 orang
8.6. Diploma : 12 orang
8.7. Ijazah Sarjana Muda : 11 orang
8.8. Ijazah Sarjana(Master) : -
8.9. PhD. : 1 orang.

*Sumber dari Klinik Kesihatan Tatau dan maklumat dari Ketua Kampung Baru Tatau . Masyarakat Kaum Tatau.

MASYARAKAT KAUM TATAU

               Rumah panjang  masyarakat kaum Tatau, kawasan ini belum lagi dihubungi dengan jalan darat, penghuninya masih menggunakan kemudahan pengangkutan sungai untuk pergi ke pasar atau ke kebun tanaman masing-masing. Ianya terletak di sebelah kiri mudik Batang Tatau. Rumah Jalong adalah satu-satunya rumah panjang kaum Tatau (iaitu kumpulan etnik terkecil di negeri Sarawak).

               Mereka mengamalkan cara hidup seperti kaum-kaum bumiputera lain di negeri ini. Kegiatan pertanian diwujudkan sebagai asas ekonomi di samping bekerja dengan sektor swasta. Kaum Tatau mengamalkan tradisi yang lebih mirip kepada kaum Melanau atau Tanjung.

 

SENARAI WAKIL RAKYAT DI DAERAH TATAU

 

AWASAN ADUN

NAMA YANG BERHORMAT

N.60 KAKUS

YB JOHN SIKIE ANAK TAYAI

   

 

 

KAWASAN PARLIMEN

NAMA YANG BERHORMAT

P.214 SELANGAU

YB TUAN EDWIN ANAK BANTA

 

 

 

STATISTIK BILANGAN KAUM DI DAERAH TATAU, BINTULU SARAWAK