NADI Pekan Tatau telah mengadakan Aktiviti NADI Bersama Tadika Kemas Tatau pada 14 November 2024, Rabu bermula pada jam 08.30 pagi sehingga 1030 pagi ( Kelas A ) dan 1030 pagi hingga 1130 pagi ( Kelas B ). Antara perisian aktiviti pada hari tersebut ialah Sesi Kenali NADI dan Sesi NADI Safe and Shield. Seterusnya, aktiviti mewarna kanak-kanak, aktiviti mengeja ABC dan aktiviti jigsaw puzzle juga turut diadakan secara digital.
TUJUAN
Aktiviti NADI Bersama Kemas Tatau bertujuan untuk memperkenalkan konsep NADI dan untuk merangsang kreativiti kanak-kanak melalui program mewarna digital kanak-kanak serta meningkatkan kemahiran literasi awal dengan sesi belajar mengeja ABC menggunakan tablet NADI. Disampng itu, aktiviti Jigsaw Puzzle diadakan untuk membina kemahiran berfikir kritis dan memperkukuhkan interaksi sosial di kalangan pelajar Tadika Kemas Tatau.