PELANCONGAN
Bukit Kana,Sangan,Tatau
Bukit Kana juga merupakan salah satu tarikan pengunjung dari sekitarnya kerana lokasi yang cantik dan udara yang segar.Disini terdapat sebuah resort yang boleh dijadikan tempat untuk aktiviti santai seperti perkelahan.Ramai pengunjung yang berdekatan suka datang ke tempat ini kerana keindahan flora dan fauna yang terdapat di tempat tersebut.
Namun begitu,tidak semua orang mengetahui tempat ini kerana lokasinya yang jauh dari kawasan Pekan dan mengambil masa yang lama untuk sampai ke sana.Selain itu,tiada kemudahan jalan raya yang bertar disediakan untuk ke tempat ini kerana jalan raya yang ada selalu digunakan untuk lori mengangkut kayu balak.
Disini juga terdapat pusat penyelidikan Bukit Kana kerana di kawasan ini masih terdapat haiwan liar dari pelbagai jenis spesises yang jarang ditemui.Kawasan Air Terjun Bukit Kana menjadi tumpuan utama para pengunjung dari sekitarnya kerana airnya yang bersih dan jernih sesuai untuk aktiviti berenang.Bagi sesetengah pengunjung yang suka aktiviti lasak dan mencabar juga boleh mendaki bukit dan melakukan ekpedisi di kawasan ini.
Gambar Air Terjun di Bukit Kana
Gambar bagi jalan raya untuk ke Bukit Kana