PROGRAM KEUSAHAWANAN E-COMMERCE

SKMM kolaborasi dgn LAZADA

 

 

Sapa usahawan area Bintulu yang berminat mok join, boleh pm kmk atau PI1M PEKAN TATAU

Produk yang dibenarkan ialah produk kering seperti, barangan kraftangan, kosmetik, makanan kering seperti biskut dan lain-lain...

 

 

Dikecualikan kepada produk makanan basah, perkhidmatan homestay, produk segar seperti sayur-sayuran/buah-buahan dan ikan masin.

 

Sebarang pertanyaan dan persoalan boleh pm....

SugarBun

Sugarbun ada restoran makan segera yang pertama yang  dibuka di Pekan Tatau. Sambutan amat menggalakkan kerana komuniti tidak perlu ke Bintulu untuk ke restoran makan segera lagi. Ramai juga ibu bapa yang datang ke sini untuk membawa anak mereka berjalan-jalan sambil makan makanan segera di Sugarbun.

Hii Biscuit House

Hi Biscuit House merupakan kedai yang membuat roti dan juga kek mengikut tempahan.Selain itu,kedai ini juga membekalkan roti ke kedai runcit di sekitar Pekan Tatau kerana permintaan roti dan kek amat memberangsangkan di kawasan Pekan Tatau kerana jauh dari bandar.

 

Keusahawanan

MDS Mart(Tatau)Sdn. Bhd.

MDS Mart merupakan  kedai tumpuan semua penduduk Pekan Tatau kerana semua jenis barang keperluan ada dijual disini.Selain itu,susun atur barangan yang lebih kemas memudahkan pelanggan mencari barang yang diperlukan dan kaunter bayaran yang mencukupi agar tidak berlaku  masalah menunggu lama untuk membayar barangan yang dibeli. 

Selain itu,MDS Mart juga menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk sekitar yang berminat untuk bekerja disitu dengan tawaran gaji yang agak memuaskan.Tempahan untuk barang keperluan juga boleh dibuat disini terutama dari kedai makanan yang berdekatan kerana lebih mudah untuk mendapat bekalan yang mencukupi. 

Kedai Rakyat 1Malaysia

Kedai Rakyat 1Malaysia telah dibuka di kawasan Pasar Lama,Pekan Tatau.Pelbagai jenis produk keluaran 1Malaysia terdapat disana,Selain itu,terdapat juga produk lain yang terdapat disitu dan dijual dengan harga yang lebih murah berbanding dengan yang dijual di kedai runcit dan supermarket.

Susunan barangan juga lebih teratur dan kemas memudahkan pelanggan untuk membeli produk yang terdapat di Kedai Rakyat 1Malaysia Pekan Tatau.

Warung  Selera  Pantai Timur

Warung selera pantai timur menjual pelbagai menu masakan pantai timur yang sukar untuk diperolehi di tempat lain.Ini memudahkan mereka yang berasal dari semenanjung untuk mendapatkan makanan yang menjadi kegemaran mereka semasa di semenanjung.

Selain itu,warung ini juga menyediakan perkhidmatan tempahan makanan secara online iaitu melalui facebook.Menu yang ada pada hari tersebuta akn dipaparkan didalam group pages Pekan Tatau dan sesiapa yang berminat boleh menempah daripada mereka dan dihantar terus ke rumah.