Nama : Florence Siti Anak Jimbai

Umur : 22 Tahun

Pekerjaan : Lepasan Sekolah

 

Latar belakang

Florence Siti Anak Jimbai merupakan pelajar lepasan SPM.beliau belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Tatau.Beliau berasal dari keluarga yang sederhana dan bercita-cita untuk mendapat pekerjaan dalam bidang perkeranian pada masa akan datang.

Selepas tamat belajar beliau menghabis masa lapang beliau untuk mengukuhkan lagi kemahiran dengan mengikuti latihan ICT di PI supaya tidak ketinggalan dengan arus permodenan yang sentiasa berkembang pesat terutama teknologi ICT kerana kebanyakan surat menyurat dan juga borang kini disi menggunakan atas talian.

 Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum melibatkan diri dalam kelas Microsoft Office, beliau tidak mengetahui tentang cara-cara pengunaan Microsoft office, Excel dan PowerPoint kerana kurang sedar akan kepentingan dan fungsi Microsoft dalam membuat kerja dan juga penggunaan Internet dalam mencari maklumat dan membuat tugasan yang diberikan. Sebelum ini beliau tidak berapa mahir dalam penggunaan internet dan juga MS Office dalam mencari maklumat, membaca berita dan isu-isu semasa serta melakukan kerja-kerja yang melibatkan Microsoft Office dan lain-lain. Beliau juga tidak beberapa mahir tentang cara-cara penggunaan komputer dalam memudahkan kerja seharian dan sebagainya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui latihan yang diadakan di PI, Adik Floren kini boleh menyelesaikan tugas dengan mudah. Beliau juga mengetahui lebih banyak cara dan kegunaan Microsoft serta boleh membuat pelbagai tugasan yang di berikan kepada beliau. Selain itu beliau lebih mahir menggunakan internet. Dimana melalui internet membekalkan pelbagai ilmu pengetahuan yang berguna untuk dibaca dan diamalkan dalam kehidupan seharian.

Disamping itu juga, antara kebaikan internet ialah membolehkan kita mendapat apa sahaja maklumat yang diingini dengan menggunakan enjin carian google,yahoo dan sebagainya seterusnya mencari peluang pekerjaan yang ditawarkan secara atas talian.

 

Apa yang dipelajari melalui PI

  • Di PI Floren  telah mempelajari penggunaan komputer dan Microsoft office iaitu Microsoft Office Word,Microsoft Office Powerpoint dan Microsoft Office Excel.

 

Bagaimana PI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

  • Membimbing  menggunakan asas komputer dan teknologi maklumat.
  • Turut membimbing penggunaan internet dengan bijak

 

 

LIHAT GAMBAR DISINI