WANITA

  

Wanita-wanita Daerah Pekan Tatau sama seperti wanita-wanita di daerah lain, tidak ketinggalan daripada menyertai pelbagai persatuan untuk mengisi masa lapang mereka dan merapatkan lagi hubugan silaturrahim sesama mereka, antara persatuan yang ada di daerah ini ialah:

 

  • Maksak
  • Persatuan Wanita Tatau 

 

Dari segi ekonomi, wanita Daerah Tatau juga kebanyakannya melakukan aktiviti keusahawanan secara kecil-kecilan untuk sara diri, misalnya menjual sayuran. Selain itu, ada juga wanita di Daerah Tatau yang berumur 40-an kebanyakan mereka bercucuk tanam dan bersawah. Manakala wanita  golongan 20-an dan 30-an kebanyakannya bekerja dalam sektor swasta dan kerajaan .

 

Antara aktiviti yang sering dijalankan oleh persatuan wanita ialah:  

 

  • Mengadakan jamuan keraian 
  • Mengadakan gotong-royong
  • Mengadakan perjumpaan bersama

 

BELIA

Persatuan Rakan Muda Etnik Tatau

Persatuan ini dianjurkan oleh Persatuan Belia dan Sukan bahagian Bintulu, ianya bertujuan untuk mengumpul semua etnik-etnik dalam kalangan Rakan Muda di Pekan Tatau agar dapat bersatu. Dengan adanya persatuan ini, segala aktiviti berdasarkan semua kaum boleh dijalankan. Peserta yang boleh menyertai Persatuan Rakan Rakan Muda Etnik Tatau ialah dari umur 15 sehingga 35 tahun.


NAMA-NAMA PERSATUAN DAN KELAB DAERAH TATAU

BIL

NAMA PERSATUAN/ KELAB

1

The Tatau Chinese [Nam Sam Teng (Charitable Trust Board)]

2

The Tatau Teochew Association

3

Tatau Kong Wai Siew Association

4

Tatau Foochow Association

5

Bintulu Chinese Chamber Of Commerce (Tatau Sub-Committee)

6

Saberkas Cawangan Kakus ( Tatau )

7

Pemadam Daerah Tatau

8

Kelab Komuniti Bestari Pekan Sangan

9

Kelab Komuniti Bestari Pekan Tatau

10

Kelab Badminton Tatau

11

Kelab Tarian Rekreasi Tatau

12

Tatau Hash Run

13

Persatuan Perkumpulan Wanita Daerah Tatau (W.I)

14

Persatuan Kebudayaan Dayak, Daerah Tatau

15

Persatuan Anak Tatau ( PERANTAU )

16

Kelab Pentaque Tatau