Pendidikan
Walaupun Pekan Tatau sebuah pekan yang kecil, dalam aspek pendidikan amat diberi perhatian oleh pihak kerajaan dan dengan ini telah dibangunkan beberapa buah sekolah rendah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Cina dan sekolah menengah.
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TATAU
Sekolah Menengah Kebangsaan Tatau ada dua sesi persekolahan iaitu sesi pagi dan petang.Sesi Petang adalah untuk pelajar Peralihan,tingkatan 1 dan tingkatan 2.Manakala sesi pagi untuk pelajar tingktan 3 hingga 5 dan juga tingkatan 6.
SEKOLAH KEBANGSAAN TATAU
Sekolah Kebangsaan Tatau juga mempunyai dua sesi persekolahan iaitu sesi pagi dan sesi petang.Sesi pagi untuk murid-murid darjah 4 hingga 6.Manakala sesi petang pula untuk murid-murid darjah 1 hingga darjah 3.
TASKA Masjid Darul Ibadah
Taska Masjid Darul Ibadah adalah merupakan pusat asuhan kanak-kanak dimana kanak-kanak berusia 2 tahun hingga 4 tahun dihantar ke Taska untuk belajar asas pembelajaran sebelum memasukki Tabika Kemas.Kanak-kanak diajar melalui permainan dan juga nyanyian.
TADIKA KEMAS PEKAN TATAU
Tabika untuk kanak-kanak berusia 5 tahun sahaja.Terdapat empat kelas untuk kanak-kanak Tabika di Pekan Tatau dimana setiap kelas mempunyai 25 hingga 30 orang kanak-kanak.
SJK CHUNG HUA PEKAN TATAU
SJK Chung Hua adalah sekolah khusus untuk pelajar berbangsa cina manakala bangsa lain juga boleh memasukki sekolah ini juga.Sekolah ini cuma ada satu sesi persekolahan sahaja kerana murid-murid tidak ramai seperti sekolah kebangsaan yang lain.Pada waktu petang pelajar banyak disediakan dengan kelas tambahan dan juga kelas komputer.