USAHAWAN ROTI DAN KUIH MUIH

Nama : Zarina Binti Ibrahim
Umur : 28 Tahun
Perniagaan : Roti dan Kuih Muih

 

Latar belakang

Puan Zarina mula menjual kuih muih yang biasa di depan kelas Tabika setiap hari. 

setelah beliau mula mengikuti program yang dijalankan di PI1M Pekan Tatau iaitu Program Jom Baking sebanyak 2 sesi beliau sudah pandai membuat roti pelbagai perisa dan kini mendapat sambutan yang menggalakkan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Pendapatan beliau cuma sekitar RM500.00 sebulan dan tempahan juga kurang memberangsangkan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Tetapi setelah pandai dalam pembuatan roti, pendapatan belaiu semakin meningkat dan beliau mula menjual di banyak tempat kerana sambutan yang menggalakkan daripada promosi yang giat dijalankan dalam media sosial.